Friday, July 15, 2011

Aktiviti Mengempiskan Poket

Hari tak rancang pun nak keluar gi mana-mana lepas balik keje lepas plan awal nak g putrajaya nak tengok bunga nan sekebun tak jadi tap tiba-tiba dalam setengah jam sebelum balik ada la dua orang mak buyung ni mai betenggek kat meja aku. "Jom gi bangi jap lagi..nak cari tudung untuk pakai esk" tanpa sempat maklumat tu sampai kat serebelum dan serebrum aku terus mengangguk macam burung belatuk. Bab jalan-jalan cari pasal ni aku pantang diajak tambah pulak hari ni balik pukul 12.30 so dari aku balik dan membuat kepingan taik mata elok jugak exercise..haha excercise la sangat. execise poket aku bagi kurus ada la..

Ni dia lokasi kitaorang yang pertama. Tapi sebelum tu dah kol dulu kot-kot kedai dia tutup maklumlah nanti tak pasal-pasal drive jauh-jauh pastu datang-datang hatiku hampa sebab tak leh kempiskan poket..muahahaha. Okey kalo nak tengok kdai ni secara online pun boleh www.nurshazzmin.blogspot.com.

Hmmm masalah jugak ni bila shoping tanpa dirancang ni. tengok aku dah temenung dulu memikirkan tudung apa lagi yang tak de dan nak match dgn baju. ( Sebenarnya sedang fikir jugak berapa hengget la yg ada dalam purse aku tu)

Aku dah rambang mata nak pilih yang mana satu. Macam-macam jenis tudung dan brand yang ada kat sini Annisa ada, Pearl Haya pun ada. diskaun untuk tudung Pearl Haya memang boleh tahan 15% untuk members. Even kalo beli online pun tak dapat siap kena bayar kos penghantaran ada la. So memang berbaloi. Dalam sengkek-sengkek di penghujung bulan ni aku sempat lagi rembat dua helai tudung.

Masa on da way nak g kadai shazzmin tadi mata aku dah terpandangkan satu tempat yang macam best untuk menambahkan berat aku ni.... ini dia...ICE ROOM

Nama ice room tempat dia pun macam ice jugak la...masuk je kedai tu sejuk semacam je. Kawan aku cakap kedai ni masuk dalam rancangan 360 kat tv3. Citer pasal aiskrim katanya. Tapi bila tengok sekeliling yelah kot sebab ada jugak plak yang di kasi oleh rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Kira feymes jugak la tempat ni.


Okeh pekenalkan mak buyung yang pertama yang beria nak datang Bangi semata-mata nak cari tudung. Paling tak tahan lepas snap gambar ni siap cakap " alamak besarnya lengan akak".... takpe-takpe kak ibu-ibu mengandung oarang tak kata sangat.

Ni pulak mak buyung yang kedua..sebenarnya pic ni nak fokus kat menu dia. Panjang dan besar bapak dia punya menu.

Jom skodeng apa yang kitaorang dah mencekik.


Rosselle juice

Steam Lotus Rice. Ni yang aku cekik. rasa dia not bad tapi nasi dia agak melekit-lekit macam kimchi pulak. Comel je letak dalam bekas kayutu tapi yang aku masih tertanya-tanya daun apa yang diorang gunakan nak balut nasi aku tuh. Tapi aku nampak macam daun getah. Rasa pun macam daun getah jugak ( Rasa sebab nasi tu kan melekit so ada jugak la yang aku tertelan skali)


Hidangan sepanjang zaman. Orang kampung aku pangil Fat Rice tapi orang KL panggil Nasi Lemak.

Nasi Nasi Goreng Belacan.

Hidangan yang wajib dicuba bila singgah kat sini dah nama kedainya pun Ice Room kalo tak makan aiskrim memang sumting wrong la. Ni pulak Ice Cream with Tropicana Fruits.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...