Sunday, July 31, 2011

JM Beriani House

Salam Ramadhan... esok dah start puasa so hari ni hari terakhir umat Islam nak makan puas-puas di siang hari..makan esok di siang hari x pasal-pasal masuk lokap. Memandangkan esok dah nak start bangun sahur maka petang tadi pegi la tesco cari apa yang patut. Aihh bila masa la pulak tesco ampang ni bertukar jadi tesco x-tra. Rasa bulan lepas tak lagi...anjaib sungguh. Sampai je kat sana mak aihh lautan manusia berpusu-pusu masuk ke tesco macam la tesco tu bagi barang percuma je. Troli pun habis!!! Lenguh lengan aku dok kelek bakul ke hulu ke hilir. Capai apa yang patut je sebabnya nak bayar pun masalah jugak ni kena beratur macam ulat bulu panjangnya. So lepas beli barang peut berbunyi. Nampak la dua kedai yang memang feymes ames. My Mum Chiken Rice n JM Berian House. Pikir punya pikir akirnya kaki aku melangkah masuk ke JM Beriani House



Sementara menunggu order sampai...tengok dulu sekeliling. Secara mata kasar dari mata aku ni environment not bad... tahap kebersihan bleh bagi 4 bintang sevice 4 bintang

Dekat 7 minit jugak la menunggu akhirnya air yang aku order sampai jugak....


Okey snap dulu sebelum mencekik...emmm yummy. Nasi Beriani Daging ( RM 12. 20) . Air x ingat dah tapi selepas tax sume aku kena bayar RM 15 ++

Ok snap dekat skit baru nampak lauk nya kat mana... Nasi dia memang terbaik lah...

Tengok anak sapa lah ni....lapa bebenor...licin pinggan tu. Len kali kena datang lagi...Sedap sehingga menjilat jari..hahha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...