Seminggu dua ni memang bizi sesangat. Banyak aktiviti even hari sabtu pun kena kerja jugak pastu nak kena settelkan SAPS lagi..adoiiiyaa terjojol bijik mata ni nak menyiapkan SAPS. Bayangkan budak aku dekat 200 lebih pastu nak key in mark untuk sorang-sorang dengan sistem yang sentiasa down...semangat aku jugak down!. Yes...minggu ni gaji masyukkkkk ... tapi kegembiraan itu hanya seketika saje bila memikirkan banyak hutang piutang yang perlu dilangsaikan maka tinggal la belen berapa hengget je..huk..huk..huk.. ni lah nasib orang makan gaji. So hari ni balik keje agak awal so ambik keputusan nak pegi bayar bil berukband kat lowyat
Bil berukband yang mesti dijelaskan. Dulu tak de tenet x kesah pun tapi skarang macam tak boleh hidup. Itulah zaman dah berubah kehendak dah bertukar jadi keperluan. Hahaha tak sangka aku masih ingat theory of need and want!
Lepas bayar bil tadi aku dan dua orang lagi anggota rombongan che gayah g tima square jap. Niat asalnya nak gi watsons je tapi perut ni la pulak mitak di isi. Sebab tekak aku dah tak boleh nak telan fast fud terutamanya Kentaki tu ( lepas tengok kt u-tube pasal pekerja 2 kentaki tu nak termuntah dah den) so ketua rombongan che gayah ni decide makan kat fud court je. nama dia memang gah Taste of Asia. Nak makan kat sini bukan boleh bayar cash macam tu je. kena beli kat tu dulu. terpulang nak beli dengan ahrga berapa pun. paling murah RM 10. So lepas dapat kad tu boleh lah beli mana-mana makanan yang korang suka. Lepas tu kalo kad tu ada belen lagi boleh tuntut baki kat kaunter. Leceh jugak la. tapi memandangkan perut aku dah menjerit-jerit minta diisi layankan jer.....
Ni yang aku makan tadi. Kuaytiau tomyam. Skali tengok macam best tapi bila rasa macam makan buat ngan kaki je. Terus mati selera aku! aku band kedai ni. makan berapa suap je.


No comments:
Post a Comment