Thursday, June 28, 2012

Adat pertemuan...

Hi peeps!

Entri ni bukan tentang cara-cara nak melakukan pertemuan
tapi ungkapan yang selalu kita dengar.
Adat pertemuan pasti ada perpisahan
Hari ni genap umur seorang insan
yang telah aku anggap
macam ibu ku sendiri
mugkin disebabkan umurnya sebaya dengan mak aku.
Hari ni merupakan hari ulang tahunnya,
bermakna hari ni juga dia akan
menamatkan perkhidmatannya mendidik anak bangsa.

Dia pernah menjadi ketua bidang aku.
Setahun dibawahnya banyak juga yang telah aku pelajari.
Menegur secara berhemah.
Tidak pernah membuatkan aku berkecil hati dengannya.
Walaupun hanya sempat 2 tahun bersamanya namun
banyak yang telah aku pelajari darinya.
Aku tidak perlu mengadap atau berdepan dengannya
cukup dengan memerhati dari jauh cara beliau bekerja
sudah cukup untuk aku mempelajari sesuatu darinya.

Selamat berehat dan menikmati hidup tanpa bebanan tugas
Selamat hari lahir Kak Rose.

Tugas seorang guru tidak hanya di sekolah.
Buktinya gambar ni. Semasa di KLIA sebelum kami berangkat ke Bandung,
Kak Rose masih sempat menanda kertas exam pelajarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...