Friday, June 22, 2012

Bandung - Day 3

Hi peeps!

Ni nak sambung cite pasal bandung
dah boring dah.. cite sal Bandung tak habis-habis
Hari ketiga memnag bermula aktiviti belanja
Bermula seawal jam 8 pagi waktu Indonesia kami dah bertolak ke Cibaduyut
Daerah Cibaduyut memang terkenal dengan kasut dan beg. Termasuk barangan kulit.


Mercu tanda di Cibaduyut


Kebanyakan kasut dan beg di sini dihasilakan oleh penduduk tempatan.
Tetapi ada juga yang berjenama. Jenama apa nak sebut je... Guess, Aigner, LV


Kedai barangan kulit. Fobia sangat dengan pick pocket. back pack tu sentiasa di depan.


Pak Din bergaya dengan jaket kulit baru....

Selepas ke Cibaduyut destinasi seterusnya adalah di sini. PASAR BARU.
Memang aku tak sabar-sabar nak sampai disini.
kain sulam, telekung, kain kawin semua ada kat sini
harga melampau murah jika nak banding di Malaysia.


Destinasi pertama kedai telekung.
Memang borong habis dekat 10 pasang jugak aku rembat.
See tengah khusyuk giler .


Seterusnya kedai kain pasang..
wahhh memnag rambang mata tengok kain kat sini
semua nak beli kalo boleh.
Tapi kat pasar baru ni kami diberi masa 3 jam je :-(
Mana cukup..misi mencari 'sesuatu' tidak berjaya.
Macam nak kena datang balik je ke Bandung ni :-))))

Selepas tu kami ke TOKO 3 tempat jeans & t-shirt berjenama.
Aku tak beli apa pun kat sini so no pic..hehehe
malamnya kami di bawa menikmati makanan tradisional masyarakat Sunda

Muka-muka yang kepenatan gelak semasa dalam angkut.
Nak terkencing pun ada dengan mengimbau kembali zaman bas mini kat KL dulu-dulu


Kami di bawa makan di sini.


Ini yang kami makan. Nasi warna purple, ada tempe, tauhu, ayam bakar, sayur asam, guramin dan ulamulaman. Ramai yang tak makan sangt tapi aku telan je. Kak Roselina je yang makan dengan penuh berselera yang lain suam-suam kuku je.

Makan cara kampung. Duduk bersila. Maacam buat tahlil pun ada jugak :))))


Ait teh tu memang tak boleh lupa. Kat Indo ni memang rakyat dia kencing manis ramai kot. Sebabnya setiap kali makan kat mana-mana kedai teh tawar ni la yang dihidangkan.

1 comment:

  1. Huhu.... Sedey. Macam kena pergi sendiri je Afnie len kali? hehehe.... Seday2 pun, beribu gak habis kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...