Sunday, June 10, 2012

Bandung - Day 2 (Part 1)

Hi peeps!

Seperti yang dijanjikan..
Moh ler kita sambung stori rombongan Che Kiah
Disebabkan panjang ada part 1 & part 2 la pulak yer.

Hari kedua kami pagi-pagi lagi kami dijadualkan bertolak ke Tangkuban Parahu.
Tempat kawah sulfur. Agak sejuk katanya di sana.
Perjalanan dari hotel ke sana lebih kurang 40 minit.
Apa-apa pun isi perut dulu.
Tapi yang uniknya kat hotel 3 bintang di Indonesia ni sarapan dia
tak semewah makanan hotel di Malaysia yang setaraf dengannya.
Memang sadis betul. Breakfast kena order sama ada mi goreng, nasi atau roti.
Itu sahaja. Kena pilih salah satu..huhuhu
Minuman pulak sama ada teh, teh susu atau kopi sahaja!

Muka-muka sabar menanti breakfast dihidangkan.
Servis kat sini memang fail la. Lambat giler!
Aku rasa kena anta diorang training kat kedai mamak di Malaysia dulu kot :-)


Muka terlebih ceria selepas sarapan
Lupa pulak apa yang aku gelakkan sampai begitu skali


Okay ini tempat yang kami tuju. Kawah Tangkuban Parahu.
Tempat ni ada mitosnya tersendiri


Kat mana ada kamera di situlah ada saya..:P


Muka tak control langsung walaupun jalan sebelah Ustazah




Time ni paksa Yusman jalan depan ktorang supaya dia boleh ambk pic dari depan..


Take a break. Selepas penat menapak.
Rehat jap sambil layan jagung panas di tempat sejuk..
Memang layan habis.


Meneruskan perjalanan bagi memulakan perbelajaan..hihihi
Kat sni banyak sourvenier. Tapi ramai jugak penjaja yang akan ikut kita.
Sangat-sangat merimaskan & harus diingat jangan sesekali beli barang
dengan diorang sebabnya harga melapau tinggi. Beli je dari kedai-kedai yang ada.
Awas! pick pocket pun ramai sebab tu backpack aku setiasa didepan!

Tempat wajib bergambar!
Bukti dah sampai di sini


Pengantin baru menyorok kat belakang!


Menunggu yang lain-lain.. Untuk bertolak ke destinasi seterusnya iaitu strawberry park.

Ingatkan strawberry park ni besar rupanya kecik je.
Bayar Rp7 500 anda akan diberi segelas jus strawberry yang super duper sedap.
Memang rasa pure strawberry


Big boss rasa dulu. Kompem sedap suggestkan kat anak buah. :-)


Memang sedap.


Kat sini pun boleh petik sendiri jugak. Rp 40 000 sekilo.
Duit Malaysia korang convert sendiri.

Selepas 20 minit di strawberry park ni ktorang
rushing balik ke hotel untuk tukar baju sebab kena pegi ke sekolah pulak.

Next entry yer...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...