Saturday, June 18, 2011

Cerita Kek Lapis Sarawak

Al kisahnya macam ni pertengahan bulan lima hari tu hampir 30 orang rakan-rakan sekerja aku buat lawatan ke Sarawak so akak yang duduk depan aku tanya la aku nak kirim ape so aku cakap la nak kek lapis. dia siap tulis lagi kat kertas apa yang aku kirim. Perisa ape aku tak kisah. so bila pulang dari lawatan pagi-pagi lagi aku nampak dia senyum dari jauh

3 MINGGU LEPAS

K. liza : Afnie rasa la kek lapis dari sarawak ni

Aku : Mana yang afnie kirim?

K. liza : Alamak afnie kirim ke....akak ingat yang wani dgn kak non je yang afnie langsung lupa kertas yang akak tulis hari tu tertinggal. Sori sangat sangat.

Aku : X pe la kak bukan salah akak pun makan yang akak bawak pun dah cukup kak lagi pun kat blakang pun ada banyak sebab yang lain-lain pakat-pakat bawak siap buat pot luck lagi masak ikan terubuk masin khas untuk orang-orang yang tak pegi sarawak.

K. liza : Ala akak tetap rasa bersalah. Tapi akan janji kalau sape2 g sarawak akn akan kirim untuk afnie.

Aku : Tak payah susah-susah la kak. Dah jangan rasa bersalah lagi.


Walaupun tak dapat kek sarawak dia tetap ingat ole-ole untuk ktorang. Key chain and fridge magnet. Macam tau-tau je aku suka kumpul fridge magnet ni. Thanks akak.

MINGGU NI (HARI ISNIN LEPAS)

Aku : La akak datang rupanya ingatkan MC dari pagi tak nampak akak.

K. Liza : Akak bizi la hari ni banyak kelas.

Aku : Nah ni untuk akak dgn adam (anak dia..comel geler anak dia)

K.liza : Time kasih. Akak pun nak bagi benda jugak kat afnie. Nah kek lapis dari sarawak. Husband akak outstation minggu lepas so akak suh dia belikan untuk afnie. Ganti balik yang akak lupa hari tu.

Aku : Ala akak susah-susah je. thanks.


Tadaaa ni dia kek lapis yang kak liza bagi kat aku. K.liza ni blogger jugak sape nak kenal dia boleh singgah kat blog dia www.lizayati.blogspot.com ( ceh tolong promote untuk dia).


Siap bagi dalam paper bag yang cantik lagi.


Ni lah yang ada kat dalam paper bag tu..


Ni dia kek lapis hasil buatan dayang safinah dari sarawak. Sedap sangat...peisa strawberi. thanks akak.

Trip To Langkawi

Ni masih lagi citer bulan lepas ..heheh x sempat nak update. awal-awal start cuti skolah hari tu ada camping sempena perkhemahan anugerah remaja perdana rakan muda pingat perak di Pulau Lalagkawi...kira-kira tiga hari jugak la 28-30 Mei. Rombongan Cik Kiah kami bertolak dari KL pada pkul 11 malam dan kira-kira pukul 5.30 pagi dah sampai kat jeti Kuala Perlis. Terlalu lah awal ktorang sampa sebabnya feri ktorang pukul 9 pagi mak aiihh kena melangut dulu la kat jeti ni.


Sesudah solat subuh tu perut pulak buat tarian hakka so nak tak nak kena isi dulu bukan ape nnti tak pasal-pasal muntah pulak dalam feri nanti. Ni jelah menu ringkas yang ktorang sempat ambil roti canai..tengok makan pun tak habis punya lah excited nak g pulau langkawi.


Sesampa je kat jeti langkawi terus ktorang survey dulu apa yang menarik sementara bas yang di catar sampai. Dekat sejam jugak la ktorang menunggu so apa lagi window shopping dulu. Memang rambang mata tengok barang-barang kat sana sume murah -murah terutama pinggan mangkuk dan yang paling penting COKLAT !!!!!! tengok kat belakang aku coklat brand DAIM harga dia memang berbeza sangat-sangat kt Kl. aku dh check kt SOGO harga dia RM 26.50 sebungkus tapi at sini hanya RM 17.90 tapi beli tiga RM 45..so dalam Rm 15 je.... so apalagi aku borong la termasuk fevret aku HERSHEY'S.


Ni pulak masa hari terakhir aktiviti shoping moping bermula. Stat kat kedai yang menjual pelbagai jenis produk berasaskan gamat. So tak sah datang sini kalau tak beli minyak gamat. jadi beli la minyak gamat dan sabun gamat. Tapi aku agak terkilan sebab tak dapat tengok gamat yang betul. Menurut pengurus kat sini gamat hidup tu dah susah nak dapat sekarang... alaaaaaaaaaa (gaya gedik sket)


Ni plak aktiviti petang-petang. aktiviti bebas. Melepak la tepi pantai. Nak mandi tak boleh sebab banyak sangat batu karang sampai luka-luka kaki aku. Ruginya sedangkan resort kitaorang dah cukup baik sebab tepi pantai tapi tak boleh mandi la pulak. Hampeh.



Ni lah aktivitinya ice breaking tak habis-habis. So bored.


Layan jelah tak tahu dah nak tulis caption ape kat pic ni.


Aktiviti wajib ambik pic dulu sebelum masuk ke makam mahsuri. Nak masuk ni ambik tiket dulu RM 5 sahaja untuk dewasa manakala RM 2.50 untuk kanak-kanak.










Layan jelah pic kat atas. Malas nak buat caption.



aha ni lah hasil yang aku berjaya peroleh daripada aktiviti shoping moping. Mesti korang tak percayakan sumer tu aku punya tapi itulah kenyataannya. Pinggan mangkuk untuk my mom sempena Hari Ibu.

Thursday, June 9, 2011

You Saka Pergi Jauh-jauh

Sewaktu aku tulis entri ni aku baru je lepas tengok citer hantu di slot Seram TV3 yang menggantikan cerita sebelum ni Mantera Anjasmoro. Jika citer mantera seingat aku aku pernah tengok sekali jer sebabnya aku takut tengok sorang-sorang tapi start aku tengok iklan You Saka ni macam ada sesuatu yang menarik. Episod pertama dia minggu lepas so minggu ni aku awal-awal lagi dah melopong depan tv. start awal cerita lagi aku dah gelak terguling-guling mak aku yang mengantuk pun terus tak ngantuk bukan dia yang join sama tengok citer ni sebabnya aku dgn adik-adik aku gelak kuat giler nasib baik rumah aku jauh dari rumah orang lain kalau tak sah cakap kitaorang plak kena sampuk...apa taknya abang bil (nabil raja lawak) pun ada berlakon sama dalam citer tu. jika sebelum ni Hantu Kak Limah je yang paling lawak aku penah tengok tapi kali ni kat tv pulak ada citer hantu yang lawak. Mungkin TV3 dah nak ubah persepsi masyarakat. Cerita hantu bukan setakat untuk menakut-nakutkan masyarakat tapi juga sebagai satira. Untuk menyindir masyarakat kita yang mudah sangat nak percaya benda-benda tahyul dan bomoh-bomoh ni...







Explorace

Seperti yang dijanjikan nih nak stori ceghrita bulan lepas...kalo x silap explorace ini telah berlangsung pada 26 Mei lepas. aktiviti ni telah dikelolalkan oleh pihak xcellent traniners. So sape - sape yang berminat buat aktiviti tapi takde orang nak organize boleh contact pihak diorang...ni blog dia xcellenttrainers.blogspot.com. so nak tahu best ke x aktiviti yang disediakan oleh diorang let's check it out ape yang telah aku lalui sepanjang explorace ni...



Aktiviti wajib sebelum acara dimulakan adalah dengar taklimat dulu. Masa takliat ni punyalah takut tapi tu sume psikologi je dari organizer. Nak bagi kecut perut la konon...



tengok sume dah boring dengar taklimat yang agak lama..



Lepas habis taklimat duduk dalam group masing-masing. Atur strategi la konon. Dalam explorace ni kitaorang akan dapat sms untuk dapatkan klu pertama. Tapi kena jawab dulu soklan dia. tahu ape soklan dia???? Dimanakah KFC pertama yang ada kat Malaysia????? mati kutu gak mula-mula sebab tak tahu last-last tanya kawan. jawapan dia kat JALAN TAR. Lepas dapat klu bermulalah cabaran yang pertama.


Brader ni group aku..cabaran yang pertama adalah makan. alu makan ang best kompem aku jadi wakil bagi group aku tapi disebabkan makanan dia ala-ala fear factor aku kasik kat dia je. tahu x ape yang dia makan tu. Telur masin mentah wa cakap lu...uwekkkk. telur tu x dibersihkan lagi tgk tangan dia pun hitam...kesan tanah hitam yang ada kat telur tu...eiiii x dapat bayangkan kalau aku yang ekna makan. tapi dia ni makan tanpa perasaan. Ape punya budak la aku pun tak tahu


Seterusnya cabaran no 2... tiup belon sampai pecah..Ketua kupulan dgn 2 orang ahli wajib buat cabaarn ni.. Alamak dah la aku ketua pastu paling fobia dalam bab-bab pecahkan eblon. Bukan ape nanti bila pelon tu pecah pedih tau kena kat mata. Aku penah kena...Nak tahu muka aku macam mana bila kena tuip belon tu?????


Hahaahahaa...buruk giler muka sape la ni...aku pun tak tahu bila masa la diorang sna gambar aku sebabnya sepanjang aku tiup belon tu aku asyik tutup mata je...takut weh. Paling tak tahan kawan aku tag gambar ni kt facebook...siot betul la.


Tengoklah yang berpangkat nenek pun dengan bersemangatnya tiup jugak belon tu....Nasib x semput..hehehe( Sori kak rose).


Ni kitaorang dah sampai kat cabaran yang kedua terakhir. sebenarnya banyak cabaran tapi x sempat nak ambik gambar sebabnya sibuk nak selesaikan tgasan tu sambil nak kejar masa. Antaranya kena keje kat stesen BHP (stesen minyak tu) and then dapatkan cop, makan ulat beras..tapi yang bab makanan tu ktorang bagi kat brader yang makan telur masin tadi.


k..ni cabaran kedua terakhir..heheh nasib baik aku ni ketua kumpulan jadi terselamatlah dari kena tutup mata. Peraturan dia antara ahli kumpulan tak boleh berpegangan dan ketua pun tak boleh pegang diorang hanya arahan lisan sahaja.


Cepat skit jalan..ecehcehceh...lagak seorang ketua memberikan arahan...x boleh blah


Dalam caran ni group kitorang agak bertuah kerana sampai awal so orang yang depan x kena pegang katak. sebabnya katak tak sampai lagi waktu tu (nasib baik organizer tu lambat bawak katak ke mari)

Ni cabaran terakhir iaitu memasak. Gambar waktu masak dah terdelete so tinggal yang ni je lah. pihak juri sedang merasa hasil air peluh kitaorang.. betul la air peluh buka air tangan sebabnya kitaorang memask dalam keadaan berpeluh-peluh..hahahhah kalo terpercik air peluh tu kira perasa tambahan la. Penyedap makanan.



Ni plak mka-muka yang keletihan tengah menunggu keputusan diumumkan . weeehooo hasilnya group kitorang mendapat tempat ke-3 dari sembilan group..ok la tu.....gamabr untuk ambi hadiah x de sebabnya hadiah akan diberikan keesokan harinya.....


Monday, June 6, 2011

Tak de tajuk

aaahhhh berhabuknya blog aku ni dah lama x de entri baru.....dah dapat agak sebulan je aku akan aktif berblog ni lepas tu senyap. Salah sape? salah diri sendiri sebabnya bulan lepas dia wujud dan bulan ni dia kembali ke laut...sampai macam tu sekali sibuknya...sebenarnya banyak stori gak bulan lepas tapi mood nak berblog pulak hilang ( nak berblog pun ada mood jgk ke?). Nanti la kalau rajin sume citer yang best bulan lepas akan diqadakan pada bla ni..huhuhu. Satu lagi blog aku pun dah berwajah baru tenkiu to my sis K.U.C.H.A.H kerana sanggup menghabiskan masa berjam-jam meng'touch up' blog aku supaya lebih segar..sebab sebelum ni blog aku memang suram...so tunggu la entri aku yang seterusnya ...tapi leh nak janji bila sebab takut mood nak berblog aku lari bertapa dalam gua pulak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...