Komfem esok umat Islam akan berpuasa. Tadi baru je dengar pengumuman yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Bukan sengaja tunggu depan tv semata-mata nak dengar pengumuman tu tapi terdengar. Tak de la macam zaman kanak-kanak dulu melopong depan tv bagai. So pagi esok dah kena bangun sahur...sedihnya....mak!!!!teringat masa puasa tahun lepas. Sebulan dapat buka puasa kat rumah. Aku sengaja tak kol mak aku kat kampung. Nanti dia cakap masak macam2 untuk sahur..tak sanggup nak dengar sedangkan aku sahur dengan segelas susu je cicah biskut kering. O dah taknak tocink-tocink lagi dah niat puasa blum? ke x ingat? kalo x ingat bukak Youtube tengok UPIN IPIN. Ikut budak botak kembar tu niat puasa. Okey?????? K lah selamat menyambut puasa semoga di bulan yang penuh berkat ini kita memperoleh rahmat dan keredhaan dari-Nya.
Sunday, July 31, 2011
JM Beriani House
Salam Ramadhan... esok dah start puasa so hari ni hari terakhir umat Islam nak makan puas-puas di siang hari..makan esok di siang hari x pasal-pasal masuk lokap. Memandangkan esok dah nak start bangun sahur maka petang tadi pegi la tesco cari apa yang patut. Aihh bila masa la pulak tesco ampang ni bertukar jadi tesco x-tra. Rasa bulan lepas tak lagi...anjaib sungguh. Sampai je kat sana mak aihh lautan manusia berpusu-pusu masuk ke tesco macam la tesco tu bagi barang percuma je. Troli pun habis!!! Lenguh lengan aku dok kelek bakul ke hulu ke hilir. Capai apa yang patut je sebabnya nak bayar pun masalah jugak ni kena beratur macam ulat bulu panjangnya. So lepas beli barang peut berbunyi. Nampak la dua kedai yang memang feymes ames. My Mum Chiken Rice n JM Berian House. Pikir punya pikir akirnya kaki aku melangkah masuk ke JM Beriani House

Sementara menunggu order sampai...tengok dulu sekeliling. Secara mata kasar dari mata aku ni environment not bad... tahap kebersihan bleh bagi 4 bintang sevice 4 bintang
Okey snap dulu sebelum mencekik...emmm yummy. Nasi Beriani Daging ( RM 12. 20) . Air x ingat dah tapi selepas tax sume aku kena bayar RM 15 ++Saturday, July 30, 2011
Selongkar !
Semalam sebelum balik buat la sedikit aktiviti gotong royong mengemaskan tempat aku sempena nak menyambut ramadhan. Ape kena pulak dengan ramadhan? Kemaskan bawah meja aku sebab kawan aku penah ternampak cik ti (tikus) tumpang lalu kat bawah meja aku...haiiiihhhh tak bleh jadi ni . naik seram la pulak. So kemas-kemas la apa yang patot.
Meh terah ape yang ada dalam drawer aku.
Meh terah ape yang ada dalam drawer aku.
First drawer takde yang menarik pun ....kertas-kertas je. Tu pun banyak yang tak berguna x sempat lagi nak kemas betul-betul..
Ni drawer yang terakhir...agak menarik la...mug ada, kerepek pun ada tapi bulan pose nanti tak bleh la buat2 tak ingat pastu makan kerepek tu dan yang warna hitam tu handbag...hohoho biasa kat ofis orang tinggalkan kasut je buat spare tapi aku handbang pun ada spare jugak. Kalo g keje bawa backpack memang aku takkan bawa handbang dah so time-time macam ni lah beg tu digunakan.... Bernaskan idea aku?????Thursday, July 28, 2011
Taste of Asia
Seminggu dua ni memang bizi sesangat. Banyak aktiviti even hari sabtu pun kena kerja jugak pastu nak kena settelkan SAPS lagi..adoiiiyaa terjojol bijik mata ni nak menyiapkan SAPS. Bayangkan budak aku dekat 200 lebih pastu nak key in mark untuk sorang-sorang dengan sistem yang sentiasa down...semangat aku jugak down!. Yes...minggu ni gaji masyukkkkk ... tapi kegembiraan itu hanya seketika saje bila memikirkan banyak hutang piutang yang perlu dilangsaikan maka tinggal la belen berapa hengget je..huk..huk..huk.. ni lah nasib orang makan gaji. So hari ni balik keje agak awal so ambik keputusan nak pegi bayar bil berukband kat lowyat
Bil berukband yang mesti dijelaskan. Dulu tak de tenet x kesah pun tapi skarang macam tak boleh hidup. Itulah zaman dah berubah kehendak dah bertukar jadi keperluan. Hahaha tak sangka aku masih ingat theory of need and want!
Lepas bayar bil tadi aku dan dua orang lagi anggota rombongan che gayah g tima square jap. Niat asalnya nak gi watsons je tapi perut ni la pulak mitak di isi. Sebab tekak aku dah tak boleh nak telan fast fud terutamanya Kentaki tu ( lepas tengok kt u-tube pasal pekerja 2 kentaki tu nak termuntah dah den) so ketua rombongan che gayah ni decide makan kat fud court je. nama dia memang gah Taste of Asia. Nak makan kat sini bukan boleh bayar cash macam tu je. kena beli kat tu dulu. terpulang nak beli dengan ahrga berapa pun. paling murah RM 10. So lepas dapat kad tu boleh lah beli mana-mana makanan yang korang suka. Lepas tu kalo kad tu ada belen lagi boleh tuntut baki kat kaunter. Leceh jugak la. tapi memandangkan perut aku dah menjerit-jerit minta diisi layankan jer.....
Ni yang aku makan tadi. Kuaytiau tomyam. Skali tengok macam best tapi bila rasa macam makan buat ngan kaki je. Terus mati selera aku! aku band kedai ni. makan berapa suap je.
Friday, July 15, 2011
Aktiviti Mengempiskan Poket
Hari tak rancang pun nak keluar gi mana-mana lepas balik keje lepas plan awal nak g putrajaya nak tengok bunga nan sekebun tak jadi tap tiba-tiba dalam setengah jam sebelum balik ada la dua orang mak buyung ni mai betenggek kat meja aku. "Jom gi bangi jap lagi..nak cari tudung untuk pakai esk" tanpa sempat maklumat tu sampai kat serebelum dan serebrum aku terus mengangguk macam burung belatuk. Bab jalan-jalan cari pasal ni aku pantang diajak tambah pulak hari ni balik pukul 12.30 so dari aku balik dan membuat kepingan taik mata elok jugak exercise..haha excercise la sangat. execise poket aku bagi kurus ada la..
Ni dia lokasi kitaorang yang pertama. Tapi sebelum tu dah kol dulu kot-kot kedai dia tutup maklumlah nanti tak pasal-pasal drive jauh-jauh pastu datang-datang hatiku hampa sebab tak leh kempiskan poket..muahahaha. Okey kalo nak tengok kdai ni secara online pun boleh www.nurshazzmin.blogspot.com.
Hmmm masalah jugak ni bila shoping tanpa dirancang ni. tengok aku dah temenung dulu memikirkan tudung apa lagi yang tak de dan nak match dgn baju. ( Sebenarnya sedang fikir jugak berapa hengget la yg ada dalam purse aku tu)
Aku dah rambang mata nak pilih yang mana satu. Macam-macam jenis tudung dan brand yang ada kat sini Annisa ada, Pearl Haya pun ada. diskaun untuk tudung Pearl Haya memang boleh tahan 15% untuk members. Even kalo beli online pun tak dapat siap kena bayar kos penghantaran ada la. So memang berbaloi. Dalam sengkek-sengkek di penghujung bulan ni aku sempat lagi rembat dua helai tudung. Masa on da way nak g kadai shazzmin tadi mata aku dah terpandangkan satu tempat yang macam best untuk menambahkan berat aku ni.... ini dia...ICE ROOM
Nama ice room tempat dia pun macam ice jugak la...masuk je kedai tu sejuk semacam je. Kawan aku cakap kedai ni masuk dalam rancangan 360 kat tv3. Citer pasal aiskrim katanya. Tapi bila tengok sekeliling yelah kot sebab ada jugak plak yang di kasi oleh rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Kira feymes jugak la tempat ni.
Okeh pekenalkan mak buyung yang pertama yang beria nak datang Bangi semata-mata nak cari tudung. Paling tak tahan lepas snap gambar ni siap cakap " alamak besarnya lengan akak".... takpe-takpe kak ibu-ibu mengandung oarang tak kata sangat.
Ni pulak mak buyung yang kedua..sebenarnya pic ni nak fokus kat menu dia. Panjang dan besar bapak dia punya menu. Jom skodeng apa yang kitaorang dah mencekik.
Steam Lotus Rice. Ni yang aku cekik. rasa dia not bad tapi nasi dia agak melekit-lekit macam kimchi pulak. Comel je letak dalam bekas kayutu tapi yang aku masih tertanya-tanya daun apa yang diorang gunakan nak balut nasi aku tuh. Tapi aku nampak macam daun getah. Rasa pun macam daun getah jugak ( Rasa sebab nasi tu kan melekit so ada jugak la yang aku tertelan skali)
Hidangan sepanjang zaman. Orang kampung aku pangil Fat Rice tapi orang KL panggil Nasi Lemak.
Subscribe to:
Posts (Atom)









