Thursday, June 28, 2012

Adat pertemuan...

Hi peeps!

Entri ni bukan tentang cara-cara nak melakukan pertemuan
tapi ungkapan yang selalu kita dengar.
Adat pertemuan pasti ada perpisahan
Hari ni genap umur seorang insan
yang telah aku anggap
macam ibu ku sendiri
mugkin disebabkan umurnya sebaya dengan mak aku.
Hari ni merupakan hari ulang tahunnya,
bermakna hari ni juga dia akan
menamatkan perkhidmatannya mendidik anak bangsa.

Dia pernah menjadi ketua bidang aku.
Setahun dibawahnya banyak juga yang telah aku pelajari.
Menegur secara berhemah.
Tidak pernah membuatkan aku berkecil hati dengannya.
Walaupun hanya sempat 2 tahun bersamanya namun
banyak yang telah aku pelajari darinya.
Aku tidak perlu mengadap atau berdepan dengannya
cukup dengan memerhati dari jauh cara beliau bekerja
sudah cukup untuk aku mempelajari sesuatu darinya.

Selamat berehat dan menikmati hidup tanpa bebanan tugas
Selamat hari lahir Kak Rose.

Tugas seorang guru tidak hanya di sekolah.
Buktinya gambar ni. Semasa di KLIA sebelum kami berangkat ke Bandung,
Kak Rose masih sempat menanda kertas exam pelajarnya.

Friday, June 22, 2012

Bandung - Day 3

Hi peeps!

Ni nak sambung cite pasal bandung
dah boring dah.. cite sal Bandung tak habis-habis
Hari ketiga memnag bermula aktiviti belanja
Bermula seawal jam 8 pagi waktu Indonesia kami dah bertolak ke Cibaduyut
Daerah Cibaduyut memang terkenal dengan kasut dan beg. Termasuk barangan kulit.


Mercu tanda di Cibaduyut


Kebanyakan kasut dan beg di sini dihasilakan oleh penduduk tempatan.
Tetapi ada juga yang berjenama. Jenama apa nak sebut je... Guess, Aigner, LV


Kedai barangan kulit. Fobia sangat dengan pick pocket. back pack tu sentiasa di depan.


Pak Din bergaya dengan jaket kulit baru....

Selepas ke Cibaduyut destinasi seterusnya adalah di sini. PASAR BARU.
Memang aku tak sabar-sabar nak sampai disini.
kain sulam, telekung, kain kawin semua ada kat sini
harga melampau murah jika nak banding di Malaysia.


Destinasi pertama kedai telekung.
Memang borong habis dekat 10 pasang jugak aku rembat.
See tengah khusyuk giler .


Seterusnya kedai kain pasang..
wahhh memnag rambang mata tengok kain kat sini
semua nak beli kalo boleh.
Tapi kat pasar baru ni kami diberi masa 3 jam je :-(
Mana cukup..misi mencari 'sesuatu' tidak berjaya.
Macam nak kena datang balik je ke Bandung ni :-))))

Selepas tu kami ke TOKO 3 tempat jeans & t-shirt berjenama.
Aku tak beli apa pun kat sini so no pic..hehehe
malamnya kami di bawa menikmati makanan tradisional masyarakat Sunda

Muka-muka yang kepenatan gelak semasa dalam angkut.
Nak terkencing pun ada dengan mengimbau kembali zaman bas mini kat KL dulu-dulu


Kami di bawa makan di sini.


Ini yang kami makan. Nasi warna purple, ada tempe, tauhu, ayam bakar, sayur asam, guramin dan ulamulaman. Ramai yang tak makan sangt tapi aku telan je. Kak Roselina je yang makan dengan penuh berselera yang lain suam-suam kuku je.

Makan cara kampung. Duduk bersila. Maacam buat tahlil pun ada jugak :))))


Ait teh tu memang tak boleh lupa. Kat Indo ni memang rakyat dia kencing manis ramai kot. Sebabnya setiap kali makan kat mana-mana kedai teh tawar ni la yang dihidangkan.

Saturday, June 16, 2012

Bandung - Day 2 (Part 2)

Hi peeps!

Macam drama la pulak yer bersambung-sambung
Okey selepas balik dari Tangkuban Parahu & strawberry park,
kami hanya diberu masa 15 minit sahaja untuk bersiap sebelum bergerak ke
SMA Lima, Bandung. Sebuah sekolah yang cukup terkenal di Bandung.
Ala-ala macam VI la. Semua parents kalau boleh nak hantar anak diorang belajar kat situ.

Kehadiran kami sememangnya dinanti-nantikan.. :-)



Ketibaan kami disambut dengan persembahan Angklong.
Kira macam persembahan tradisi diorang.



Sampai sudah.....


Muka-muka fanatik berposing


Penerangan oleh Kaunselor sekolah SMA Lima, Bandung.
Lupa pulak nama dia..hihihi


Kenang-kenangan sebelum bergerak pulang untuk meneruskan aktiviti liburan.


Kat Malaysia kita bangga ada Universiti Pendidikan Sultan Idris,
kat Bandung diorang ada ini. Tempat melahirkan cikgu-cikgu yang bitara.



Selepas pulang dari sekoalh tu kitorang memang dah kebulur sangat-sangat.
So singgah makan di sini. Rumah Ikan. Aiiikkk ikan pun ada rumah???


Meja ni paling happening. Licin semuanya..


Kami-kami yang sopan sebab makan semeja dengan Ustazah..hihihi


Selepas kenyang kami pulang ke hotel.
rehak kejap sebab malamnya kami akan ke Jalan Dago.
Tempat factory outlet.
aku cuci mata je sebabnya harga lebih kurang kat KL je.
Simpan duit untuk shopping kat Pasar Baru esok




Ok itu je untuk hari kedua..
balik & simpan tenaga untuk esok pulak..

Sunday, June 10, 2012

Bandung - Day 2 (Part 1)

Hi peeps!

Seperti yang dijanjikan..
Moh ler kita sambung stori rombongan Che Kiah
Disebabkan panjang ada part 1 & part 2 la pulak yer.

Hari kedua kami pagi-pagi lagi kami dijadualkan bertolak ke Tangkuban Parahu.
Tempat kawah sulfur. Agak sejuk katanya di sana.
Perjalanan dari hotel ke sana lebih kurang 40 minit.
Apa-apa pun isi perut dulu.
Tapi yang uniknya kat hotel 3 bintang di Indonesia ni sarapan dia
tak semewah makanan hotel di Malaysia yang setaraf dengannya.
Memang sadis betul. Breakfast kena order sama ada mi goreng, nasi atau roti.
Itu sahaja. Kena pilih salah satu..huhuhu
Minuman pulak sama ada teh, teh susu atau kopi sahaja!

Muka-muka sabar menanti breakfast dihidangkan.
Servis kat sini memang fail la. Lambat giler!
Aku rasa kena anta diorang training kat kedai mamak di Malaysia dulu kot :-)


Muka terlebih ceria selepas sarapan
Lupa pulak apa yang aku gelakkan sampai begitu skali


Okay ini tempat yang kami tuju. Kawah Tangkuban Parahu.
Tempat ni ada mitosnya tersendiri


Kat mana ada kamera di situlah ada saya..:P


Muka tak control langsung walaupun jalan sebelah Ustazah




Time ni paksa Yusman jalan depan ktorang supaya dia boleh ambk pic dari depan..


Take a break. Selepas penat menapak.
Rehat jap sambil layan jagung panas di tempat sejuk..
Memang layan habis.


Meneruskan perjalanan bagi memulakan perbelajaan..hihihi
Kat sni banyak sourvenier. Tapi ramai jugak penjaja yang akan ikut kita.
Sangat-sangat merimaskan & harus diingat jangan sesekali beli barang
dengan diorang sebabnya harga melapau tinggi. Beli je dari kedai-kedai yang ada.
Awas! pick pocket pun ramai sebab tu backpack aku setiasa didepan!

Tempat wajib bergambar!
Bukti dah sampai di sini


Pengantin baru menyorok kat belakang!


Menunggu yang lain-lain.. Untuk bertolak ke destinasi seterusnya iaitu strawberry park.

Ingatkan strawberry park ni besar rupanya kecik je.
Bayar Rp7 500 anda akan diberi segelas jus strawberry yang super duper sedap.
Memang rasa pure strawberry


Big boss rasa dulu. Kompem sedap suggestkan kat anak buah. :-)


Memang sedap.


Kat sini pun boleh petik sendiri jugak. Rp 40 000 sekilo.
Duit Malaysia korang convert sendiri.

Selepas 20 minit di strawberry park ni ktorang
rushing balik ke hotel untuk tukar baju sebab kena pegi ke sekolah pulak.

Next entry yer...

Friday, June 8, 2012

Bandung - Day 1

Hi peeps!

Musim cuti..... masa untuk berlibur
yuppp semalam baru balik dari Bandung
Setelah berbulan-bulan rancang akhirnya terlaksana jua
Lepas ni jangan muntah untuk baca entri tentang percutian aku ke sana.

Rombongan Che Kiah ke Bandung bermula 3/6 - 7/6
percutian kali ni memang penuh peristiwa..
fling kitorang sepatutnya pukul 4.20 petang
di KLIA dengan KLM Royal Dutch Airlines
tapi disebabkan masalah tertentu terpaksa ditukarkan dengan Lion Air
baru je berangan naik KLM...siap dihidang makan bagai..
namun semuanya angan-angan jer..

Dengan Lion Air bermacam-macam masalah.
dah la rombongan che iah terpaksa di pecahkan kepada 3 kumpulan plak
flight pukul 12.40, 2.40 dan kul 6.30ptg..
Kesian yang flight kul 6.30 petang la sebab terpaksa melangut lama kat KLIA.


Aku dapat flight yang kedua
terpisah dengan siti, dia flight yang pertama


Muka dah happy sebab dah boarding


Alhamdulillah..akhirnya selamat sampai di bumi Indonesia
Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta


Kitorang menunggu semua rombongan che kiah sampai sebelum bertolak ke Bandung
Lupa..flight kami bukan terus ke Bandung tapi sampai ke Jakarta sahaja
pastu kami kan ke sana menaiki bas yang sudah sedia menunggu.
Perjalanan dari Jakarta ke Bandung lebih kurang 4 jam.
Itu pun kalo tidak macet.

* Macet = Jammed

Sekitar jam 1 pagi baru sampi ke hotel..
Marciella Hotel, Jalan Sukabumi
Hotel yang selesa cuma sarapan je sangat tak best.




Ok.. tu je untuk hari pertama..
Capek sudah nak stori panjang.
tunggu next entri ok!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...